Thursday, April 7, 2011

MEGA PBC TERENGGANU - PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG

PADA : 29 & 30 APRIL 2011

HARI : JUMAAT & SABTU

TEMPAT: HOTEL PERMAI INN, TERENGGANU

YURAN : RM 150 (termasuk penginapan dan makan)

BERSAMA :

1) EN. MOHD FAISOL ABDUL RAHMAN (GM AWM)

2) PJS HAFIDZAN FAUZI (KPA)

3) PJS UST. JAMALUDIN JUSOH AL-HAFIZ (KPT)

4) PJS UST. AHMAD KAMAL ALI (KPT)

5) PJS UST. CHE MAT SHUKRI (KPT)

(TEMPAT TERHAD)

PENDAFTARAN : 8.00 PAGI

* YURAN HENDAKLAH DIJELASKAN TUJUH HARI SEBELUM TARIKH PBC DI CAWANGAN HPA KUALA TERNGGANU I @ II @ HUBUNGI PJ SYED MOH FAIZ (0199824431) @ PJE HANIZA (0139765172)

KURSUS BEKAM

Monday, March 7, 2011

MEGA PBC - PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG

PADA : 18 & 19 MAC 2011

HARI : JUMAAT & SABTU

TEMPAT: ANGGULIA BEACH RESORT, RHU MUDA , MARANG

YURAN : RM 150 (termasuk penginapan dan makan)

BERSAMA :

1) EN. MOHD FAISOL ABDUL RAHMAN (GM AWM)

2) PJS HAFIDZAN FAUZI (KPA)

3) PJS FATIN RAMELI (KPA)

4) PJS UST. JAMALUDIN JUSOH AL-HAFIZ (KPT)

(TEMPAT TERHAD)

PENDAFTARAN : 8.00 PAGI

* YURAN HENDAKLAH DIJELASKAN TIGA HARI SEBELUM TARIKH PBC DI CAWANGAN HPA MARANG @ HUBUNGI PJE PN MASTURA (0199133640) @ PJ ROZIHASNIDA (0148037477)

Tuesday, December 21, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI

Tarikh : 22/12/2010
Tempat : Dewan RFC Kuala Terengganu, Terengganu
Masa : 8.30 malam
Penceramah : PJS Haji Ramly Bin Ahmad

Tarikh : 26/12/2010
Tempat : Dewan Cawangan Halal Mart Dungun, Terengganu
Masa : 8.30 malam
Penceramah : Ustaz Muhammad Bin Ibrahim

Sunday, December 19, 2010

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (MARANG)

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (MARANG)

PADA : 24 & 25 DISEMBER 2010

HARI : JUMAAT & SABTU

TEMPAT: HOTEL SRI MALAYSIA , MARANG

YURAN : RM 150 (termasuk penginapan dan makan)

(TEMPAT TERHAD)

PENDAFTARAN : 8.00 PAGI

* YURAN HENDAKLAH DIJELASKAN TIGA HARI SEBELUM TARIKH PBC DI CAWANGAN HPA MARANG @ HUBUNGI PJE PN MASTURA (0199133640)

Saturday, August 28, 2010

SAJAK USAHAWAN SEJATI



usahawan bukannya manusia luar biasa
cuma usahawan
luar biasa kerjanya
luar biasa ketabahannya
luar biasa tindakannya
luar biasa mindanya

bertemu usahawan itulah
rezeki kerana usahawan membawa
peluang kepada yang mahu mengubah diri sendiri

hidup jiwanya bersama usahawan
fikir kejayaan
fikir strategi
fikir kelemahan diri
bukan mencari kelemahan orang lain

masa bagi usahawan
paling penting
menyusun, merangcang dan mengatur
yang paling penting
usahawan tidak takut dengan persaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang takut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata

istilah gagal dan putus asa
tiada dalam kamus usahawan
dibalik gagal ada kejayaaan
putus asa pula pintu kekufuran

cita-cita usahawan cukup tinggi
kekadang usahawan dikatakan bermimpi
gerak kerja usahawan penuh wawasan
pengalaman lampau jadi degree usahawan
mengalahkan mereka yang punya kelulusan
yang mampu merangcang, tapi tiada pengalaman

kalau tidak
usahawan tidak boleh berada
dipuncak jaya
memiliki yang tidak dimiliki
usahawan bukannya manusia luar biasa
usahawan berdiri di atas kaki sendiri

usahawan punya indole sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan usahawan sendiri
akan ditulis orang suatu hari nanti

yang penting
usahawan manusia yang bertaqwa
banyak kebajikannya
banyak ibadah dan zikirnya
kuat perjuangannya
amat kasih usahawan pada Rasulnya
amat cinta usahawan pada Tuhannya

Saturday, July 31, 2010

PBC MARANG DI HOTEL SRI MALAYSIA, MARANG. PADA 30/31 JULAI 2010











PBC MARANG DI HOTEL SRI MALAYSIA, MARANG. PADA 30/31 JULAI 2010 TELAH MENDAPAT SAMBUTAN BAIK DRP PESERTA YG HADIR. ANTARA PJS YG HADIR MENGISI SLOT IALAH PJM HAFIDZAN FAUZI, PJS PN FATIN, PJS HAJI RAMLI (PENCERAMAH KPJ), DAN PJS UST. AHMAD KAMAL ALI...

PBC Marang Anjuran Komuniti HPA Marang pada kali ini telah dihadiri seramai 36 orang peserta. Pendaftaran pada hari pertama yang bermula pada jam 8.00 pagi berjalan lancar.

Slot satu (1) iaitu Profile Syarikat telah disampaikan oleh PJM Hafidzan Fauzi manakala PJS HAJI RAMLI (PENCERAMAH KPJ) telah menyampaikan slot kedua (2) iaitu Sinergi Herba pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah petangnya PJS Ust. Ahmad Kamal telah Menyempurnakan slot ke tiga (3) iaitu Gerak Kerja 6m yang merupakan budaya kerja usahawan HPA. Program diteruskan lagi dengan aktiviti seterusnya iaitu Latihan dalam kumpulan (LDK), sebelum minum petang dan solat asar. Slot keempat diteruskan lagi oleh PJS Pn. Fatin dengan Teknik Homeparty Berkesan...

Pada malamnya pula, PJM Hafidzan Fauzi telah mengisi slot ke Lima (5) iaitu Pengetahuan Produk & Asas Terapi Tulang Belakang.

Pada hari keduanya lebih meriah dengan slot ke 6 dan 7 iaitu slot Diagnosis Tapak Tangan dan Strategi Menjana Pendapatan yang disampaikan oleh PJS Puan Fatin Ramli dan PJM Hafidzan Fauzi seterusnya disusuli dengan pembentangan kumpulan dimana setiap peserta mengambil bahagian..

Wallahhua’lam…
Wassalam

Wednesday, July 21, 2010

PENGUMUMAN

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (MARANG)

PADA : 30 & 31 JUN 2010

HARI : JUMAAT & SABTU

TEMPAT: HOTEL SRI MALAYSIA , MARANG

YURAN : RM 150 (termasuk penginapan dan makan)

(TEMPAT TERHADA)

PENDAFTARAN : 8.00 PAGI

* YURAN HENDAKLAH DIJELASKAN TIGA HARI SEBELUM TARIKH PBC DI CAWANGAN HPA MARANG @ HUBUNGI PJE PN MASTURA (0199133640)

Berhati-Hati, Sedari Dari Awal...

Salam kemaafan kerana begitu lama tidak menulis di ruangan ini..Alhamdulillah Allah menyampaikan kami berdua ke Bumi NabiNya (Makkah & Madinah) beberapa ketika lalu..(Ya Allah hatiku terharu bahawa engkau kabulkan impianku untuk datang kembali ke sana kira-kira 6 tahun yang lepas)...Teman-teman ingatlah kejayaan kita dalam dunia MLMS ini benar-benar dipengaruhi oleh cita-cita dan impian,oleh itu tanamkan cita-cita yang baik dari sekarang untuk kejayaan di hari depan.

Sekadar kongsi kebimbangan buat rakan-rakan sekelian,Ingatan Nabi Alaihissalam"Demi Allah tidak aku bimbang keadaan kamu dalam kemiskinan,tapi yang benar-benar merisaukan aku ialah kamu akan berdepan dengan kekayaan dunia sepertimana golongan terdahulu yang punah dan berpecah serta berbunuhan kerana dunia yang memukau..."

Tak salah kita berusaha untuk berbonus besar tapi yang salahnya ialah niat kita.kenapa kita ingin kaya?untuk masyhur?untuk mewah?atau lain-lain niat yang membahayakan diri kita sendiri.

Semasa susah memang belum nampak implikasi niat ini,tapi bilamana sedikit-demi sedikit kita tersilau dengan wang bonus yang besar maka ketika itu akan menonjollah sifat sebenar kita,mula ego,payah dinasihati,belanja melebihi keperluan bahkan yang lebih kronik kita mula menjauhkan diri dari masjid dan masyarakat awam.

Semasa Tsa'labah meminta nabi berdoa agar dia menjadi seorang kaya,nabi menyebutkan lebih baik lah engkau miskin tapi istiqamah dengan ajaran agama daripada engkau jadi kaya tapi mula menjauhi agama...

Moga rakan-rakan melakarkan seberapa segera niat dan cita-cita yang baik sedari awal sebelum Allah menguji kita dengan hartanya...

PJS Ustaz Jamaludin Jusoh Al-Hafiz

Wednesday, June 23, 2010

PENUKARAN PENAJA

Salam semua sekali

Kebelakangan ini HQ kerap menerima permohonan penukaran penaja dan diantara tujuan penukaran penajaan adalah bertujuan untuk KENAIKAN PANGKAT. Suka GM ingatkan bahawa pihak syarikat tidak akan melayani sekiranya pertukaran itu bertujuan seperti yang di maksudkan.

wasallam

sumber : GM AL-WAHIDA